Assalamu'alaikum.
Dah lame rasanya aku tak meluahkan perasaan pada blog ni. Bukan lama, sudah terlalu lama dan usang. Sepanjang dari blog ni dicipta sehingga sekarang, macam-macam episod dalam kehidupan dah berlaku. Dari status bujang sampailah ke status tunangan orang dan InsyaAllah jika jodoh antara kami masih panjang, status sedia ada bertukar ke isteri orang pada tahun hadapan.
Melalut sudah dari topik utama. Topik hari ini lebih kepada persahabatan. Sungguh, aku rindu kawan baik aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Tiada rahsia antara kami, susah senang kami harung bersama. Sama-sama suka, sama-sama kongsi masalah. No jealous2. Indahnya zaman dulu-dulu.
Tapi yelah makin kita dewasa makin ramai manusia yang kita jumpa. Macam-macam ragam. Ragam yang buat kita suka, tak kurang jugak ragam yang buat kau pening kepala. Ye, tak semua rahsia hidup kita, kita boleh share dengan orang kan especially yang private. Kita kena la hormat hak individu. Perggghhh, hak individu siap.
Tapi ada jugak rahsia yang kadang2 kita kena luahkan supaya tak makan diri dan secara tidak langsung makan hati orang sekeliling. Yang ni memang buat aku sakit hati. Kalau rasa dah terbeban cerita je lah, tak payah nak 'bebai' sorang-sorang. Kan? Lepas tu, aku paling sentap kalau kau tau rahsia aku, bila sampai part kau, kau nak sorok-sorok. Fuhhhhh. Agenda permainan budak darjah berapa yang kau tengah perjuangkan ni? Salah aku jugak sebab bagi kepercayaan 100% kat kau. Kau main permainan budak sekolah rendah, aku balas balik dengan budak sekolah tadika. Adil tak?
Relax, relax, marah tengah menguasai diri. Emosi tengah tak stabil. Hahaha, ayat pun bercelaru, fikiran pun sama naik tak matang macam orang yang aku tengah marahkan ni. Sabo jelah.
'Kalau kita mampu nak gembirakan hati orang lain, InsyaAllah hati kita juga akan digembirakan. Kalau kita selalu menyusahkan hiup orang lain, hidup kita
..:::~MUNAJAT CINTA-MU YA ILLAHI~:::..
Ukhwah yang terjalin
Wednesday, 13 November 2013
Wednesday, 3 October 2012
Assalamualaikum w.b.t...
Dugaan datang melanda tanpa henti,
ujian silih berganti,
dari sekecil ibu jari,
sehinggalah ke tahap yang sukar untuk ditakluki.
Tatkala hati mencari-cari,
apa sebenarnya yang sedang terjadi,
minda sedar tidak mampu lagi berfungsi,
kerana emosi membelenggu diri,
hingga kadangkala,
terbawa dalam mimpi...
Ya Allah...
berilah ketenangan pada hati...
bantu aku hamba-Mu yang lemah ini...
Sesungguhnya aku sedang diuji oleh Sang Pencipta Ya Illahi...............
Lalu aku sematkan dalam hati...
Sabar,
itulah jalan keluar bagi mereka-mereka yang tidak menemui jalan keluar.
Tuesday, 28 August 2012
Bersyukurlah Wahai Insan
Assalamualaikum w.b.t ...
Renungkanlah sejenak...
Sudahkah kita merasa cukup dengan apa yang Allah sudah beri?
Apakah kita masih suka menuntut dan selalu “merasa kurang”...?
Saat engkau mensyukuri apa yg ada padamu, lihatlah bahwa hidupmu akan terasa indah..
Ketika kita harus menangis, maka menangislah agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk tertawa...
Ketika kita ingin tertawa, maka tertawalah agar kita tahu betapa mahalnya nilai sebuah air mata...
Ketika ada orang menyakitimu bersyukurlah kerana dia telah menjadikanmu tegar...
Ketika ada orang menjatuhkanmu, bersyukurlah kerana dia telah menguji kemampuanmu...
Ketika ada orang mendzalimimu, bersyukurlah kerana dia telah menguji kesabaranmu..
Ketika ada yang menghancurkanmu, bersyukurlah kerana dia telah menjadikanmu berdikari...
Belajar untuk .....
Bersyukur meski tak cukup ...
Ikhlas meski tak rela ...
Taat meski berat ....
Memahami meski tak sehati ..
Sabar meski terbebani ...
Setia meski tergoda ...
Memberi meski tak seberapa ...
Mengasihi meski di sakiti ...
Tenang meski gelisah ...
Percaya meski susah ..
Belajar dan terus belajar...
untuk menjadi yg lebih baik lagi dari sekarang ...
InsyaAllah boleh ...
Allah mengujimu kesakitan dan kelukaan sehingga engkau harus menangis
terkadang engkau bertanya-tanya kenapa hidupku selalu menangis,
pada saat yang ditentukan Allah sedang merencanakan sebuah keindahan dibalik tangisan...
Senyuman kebahagian.
Maafkan aku ya Allah,
Keranana kurang mensyukuri nikmatmu…
Subscribe to:
Posts (Atom)